Aku tak suka orang yang pilih kasih!
Aku bukan benci orangnya tapi aku benci orang yang bersikap pilih kasih..( tapi aku rase aku benci ngan orang-orangnya sekali!)
Ada kawan-kawan aku cakap..”ko ni baik kan dengan adik-adik LDK ko..Still keep in touch although program tu dah lama habis!” ( rujuk pada entri tahniah adik2 LDK ku )
Aku senyum..tapi dalam hati aku aku ade sebabnya…
Masa aku kat Matrikulasi Kulim, pernah ada program motivasi kecermerlangan…Dan semestinya setiap kumpulan akan dapat seorang fasilitator…Program ini bukan sahaja di matrik aku tetapi seluruh matrik lain di malaysia… Fasilitatornya terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA yang tua setahun atau 2 tahun atau lebih dari aku dan kawan-kawan.
Aku punya fasilitator ni lelaki dari universiti tut ( terpaksa dirahsiakan sebab universiti tu tak bersalah)…Seorang bakal cikgu kimia ( major ), minor aku tak tahu dia ambil apa ( aku rasa sekarang dia dah jadi cikgu kut). Sepanjang aktiviti dalam kumpulan dia ok cuma aku tak berkenan dengan sikap dia yang pilih kasih!
Sikap pilih kasih dia terserlah dengan nyata dan terang ( tak payah sulu-suluh) lagi selepas program tu berlangsung…Aku malas nak explain ape yang berlaku..Cukup aku bagitahu dia mengamalkan sistem pilih kasih di antara adik-adik LDK dia. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dilayan…huhuhu
Senang cerita yang cantik sahaja yang dilayan..Kalau ko tak cantik jangan harap nak dilayan..Aku semestinya tergolong dalam kumpulan yang tak dilayan ( Hello brother ..yang cantik tak semestinya cantik sahsiah dan hatinya!) …Mula-mula cuba bersangka baik tapi kalau dah selalu terjadi tersirap jugak darah aku ni..Rasa nak maki jer satu tong kat abang tu…
Lepas beberapa kejadian berkait dengan pilih kasih ni..Aku terus delete nombor telefon dia dari enset aku..( dulu punya la kata “ambil la nombor abang..free2 boleh kontek tanya apa yang patut”..huh…tipu!)Tak guna aku simpan nombor telefon orang yang macam gitu…Pada aku, dia seorang yang hipokrit! Pura-pura nak suruh kitaorang berjaya tapi tidak sama rata dalam memberikan nasihat.Pura-pura suruh kitaorang kekalkan hubungan ni sampai bila-bila..Alih-alih bile kitaorang sms tak balas..Hanya balas orang-orang tertentu sahaja…Yang kantoi sebab cubemate aku satu group ngan aku waktu LDK. Time aku msg tak reply ( aku bukan nak ngorat dia k!)..Tapi bile cubemate aku sms..Laju plak dia reply! Bukan sekali 2 berlaku..Banyak kali kut..huhuhu
Lepas kejadian tu..aku berazam: “Kalau nanti aku ditakdirkan jadi fasilitator aku akan takkan bersikap pilih kasih!Aku akan layan sama rata..Tak kisah la dia buruk ke,hidung senget ke,mata sepet ke, handsome ke, cute ke atau cantik aku akan layan sama rata. Sebab aku tahu pedih dan peritnya bila disisihkan.
Sebab tu bila aku berpeluang jadi fasilitator kat SBPI Temerloh tahun lepas..aku cuba sedaya upaya menjadi fasi yang baik dan beri layanan yang sama rata. May be sebab niat aku ( ALLAH maha mengetahui segala-galanya) maka ALLAH menganugerahkan aku adik-adik LDK yang baik..selalu telefon,sms atau kadang-kadang drop testi kat friendster bertanya khabar. Benar seperti pepatah lama..Mendung tidak selamanya..
“maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan“
ish3…truknye mamat tu…kacak sgt ke die 2???uh!bia satu hari nnt die kne same cm pe yg ko kne…baru die rase…dasar player!
By: isteri en.tony =) on March 21, 2009
at 4:44 pm
hehe.. rilek2 tihah.. aku rase aku tau je abang tu dari u mane.. hehe.. erm, yelah.. jangan bersikap camtu.. tak baik tau..
By: aniem on March 24, 2009
at 5:15 am
hehehe…kau tau eh…
nasib badan..huhuhu
tu la sabor je lah aku….
By: hanime303 on March 25, 2009
at 4:46 am
em ade mata,hidung, kaki…
sempurna la sifatnya..
By: hanime303 on March 25, 2009
at 4:53 am
uish…x patot toll pilih kasih..
x sukeerr2!!!
nimey …u tetap chantek!!!hehe
By: katarzyna_dolinska on June 4, 2009
at 4:35 am