Tengah hari yang sangat panas..rilex2 jap after study 2-3 ketul notes PSM..huhuhu..pening-pening lalat doh..
Saje nak rilex2 minds so aku bukak la FS class O4 masa aku kat MRSM Pontian dulu (members hanya terdiri dari budak class aku sahaja).lepas tuh terjumpa la satu gambor mase minggu aktiviti..sape la yang baik hati tolong uploadkan…senyum sorang2 aku tengok..teringat kenangan lame…
Gambor tuh masa minggu aktiviti pasal amali haji.masa tu form 5….wah dah naik haji rupenyer cik penyu ni..hahaha..
Amali ni buat betul2 sebijik apa yang kite perlu praktikkan kalau pergi tunaikan fardhu haji di mekah…siap didirikan replika kaabah lagi…ade tempat melontar, bercukur ( tapi budak laki tak cukur betul-betul la )..name pun amali kan..tujuannya sebagai satu latihan la untuk kitaorang supaya apa yang dipelajari dalam subjek agama islam betul-betul difahami dan nampok jelas sikit…peserta yang terlibat adalah semua pelajar tingkatan 5
Dan yang paling aku ingat ialah untuk ihram budak laki, pakai cadar putih…jenuh cari cadar putih untuk dijadikan ihram budak laki….hahaha..yang perempuan pakai telekung! pastu untuk kantung isi batu masa melontar plak pergi kutip kain perca kat koperasi..lepas tu malamnya ramai-ramai jahit( budak perempuan aje) Aku yang malas jahit ni terpaksa la berkorban..jahit la macama mane punn asal bercantum..pastuh carik batu masukkan dalam kantung tu…
Kitaorang sangat bersemangat sebab ada hadiah untuk kelas paling bagus. tu yang bersengkang mata jahit kantung tu..
Dan akhirnya pemenang bagi amali haji terbaik jatuh kepada….”.SHEFFIELD!!!!”…
Wah berbaloi!


HOT COMMENTS