Posted by: hanime303 | May 2, 2009

sekadar meluah rasa!

1-2 hari ni selera makan kurang..

Tadi makan nasi putih dan sup sayur…

Nasi tak habis..tapi sup sayur licin..air milo pun tak habis!

Biasanya semua licin..tapi memang tak sedap perut sikit..huhuhu

Tapi yang sebenarnya tak ada selera..

Konklusinya: tak ade selera makan!

Dalam kepala asyik nampak muka mak dan ayah..

Mungkin sebab 2 hari yang lalu ayah ada telefon dan memberitahu satu khabar…

Ah..tahukah ayah sedih mu adalah sedih aku jugak!

Em memang aku ni jenis yang tak leh tengok ayah dan mak sedih..mengalir air mata la jawabnya..

All the time..aku selalu berdoa pada  ALLAH agar memberikan kegembiraan untuk ayah dan mak aku..tu lah doa yang selalu aku  mintak siang dan malam..aku selalu berdoa agar aku ni jadi anak yang sentiasa mengembirakan,tidak menyusahkan dan tidak merisaukan mereka! 

Sudahnya di malam hari sebelum tidur aku menangis! I miss them very much.

Ah cengeng ( merujuk kepada orang yang suka menangis) kah aku ni???

Exam ada lagi satu paper! Oh masa untuk study!

Oh my father, you are my herO!Don’t worry about me..I am ok here!I am still doing the normal stuffs  what a student should do..hehehe

I end up my entri with “I’m  proud to be a daughter of Cikgu Ghani!

“Ayoh…nurul rindu same ayoh!”..Luv u always!

Advertisements
Posted by: hanime303 | April 30, 2009

updated!

hari-hari terakhir sebelum balik rumah…hahaha

apekah ayat  ni?????

alhamdulillah. tinggal satu paper lagi..yeay2..one more..one more!!!go nime go!

satu lagi tiehah hanime…satu lagi..kuatkan semangatmu…jangan asyik nampak tangga rumah jer kat kampung tu..

em masalahnya dah nampak semua dah depan mata..pokok-pokok depan rumah..pokok bunga  dalam pasu yang mak aku tanam..( mak aku pekebun bunga yang tegar..selalu main baling-baling dengan ayam..sebab ayam tu buat perkara kurang ajar ngan pokok bunga mak aku…hahaha)

alkisahnya macam ni la ye..exam last paper 4/5 /2009 bersamaan dengan hari isnin..

5/4/2009 ada taklimat latihan industri dengar pensyarah…

6/4/2009 balik rumah dengan menaiki kenderaan awam aka bas transnational pada pukul 10 pagi bersamaan dengan pagi yang dijangka hening…hehehe…dan insyaALLAH dijangka tiba  7 jam selepas itu ( huh.. kematu punggung aku) tapi tak pe..aku sure tidurnyer..bukak-bukak mata dah sampai.

usai ( wah mantap nyer ayat bm..hehehe) sahaja menjejakkan kaki insyaALLAH perancangannya mahu menjejaki tempat latihan industriku iaitu JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU. survei-survei tempat dan segala yang berkaitan la..( kang tersesat plak)

ha itulah perancangan aku..harap-harap dengan izin ALLAh segalanya dipermudahkan..yang penting moga dimudahkan untuk jawab exam last paper..moga-moga kawan-kawan aku yang lain juga berjaya menjawab dengan cemerlang..

dan ni satu lagi kisah nak share ni..adoi yang ni berat sikit ( eh berat banyak..kalau timbang tak tau brape kilo…ade la dalam 60 kilo..wah bapak berat!) masalah yang tak habis-habis pasal nak set up wireless punya setting configuration!…sampai sekarang tak berjaya selepas sudah berusaha keras  semenjak pukul 3.30 petang semalam( aik.keras cam batu ka) Dush! tol0ng la nime jangan buat lawak..tak lawak pung!huhuhu

ye tahu la tak lawak…em adoi penat la pikiran masalah ni…tak tahu lah ape yang tak kene..aku n housemate dari dulu tak habis -habis bermasalah bile nak set up wireless  router ni..orang lain aku tengok senang aje..aleh-aleh dapat kat kitaorang terlalu lah complicated..em nak buat macam mane..ujian ALLAH..mungkin ade hikmah…so udah-udah la mengeluh nime weh…berusaha2…oleh kerana masalah itu tidak berjaya diselesaikan lagi maka terpaksa la guna kabel.. 

oh wireless router…asal ko anti sangat ngan kitaorang ni??????

Posted by: hanime303 | April 25, 2009

kenangan mengusik kalbu!

Tengah hari yang sangat panas..rilex2 jap after study 2-3 ketul notes PSM..huhuhu..pening-pening lalat doh..

 

Saje nak rilex2 minds so aku bukak la FS class O4 masa aku kat MRSM Pontian dulu (members hanya terdiri dari budak class aku sahaja).lepas tuh terjumpa la satu gambor mase minggu aktiviti..sape la yang baik hati tolong uploadkan…senyum sorang2 aku tengok..teringat kenangan lame…

 

Gambor tuh masa minggu aktiviti pasal amali haji.masa tu form 5….wah dah naik haji rupenyer cik penyu ni..hahaha..

 

Amali ni buat betul2 sebijik apa yang kite perlu praktikkan kalau pergi tunaikan fardhu haji di mekah…siap didirikan replika kaabah lagi…ade tempat melontar, bercukur ( tapi budak laki tak cukur betul-betul la )..name pun amali kan..tujuannya sebagai satu latihan la untuk kitaorang supaya apa yang dipelajari dalam subjek agama islam betul-betul difahami dan nampok jelas sikit…peserta yang terlibat adalah semua pelajar tingkatan 5

 

Dan yang paling aku ingat ialah untuk ihram budak laki, pakai cadar putih…jenuh cari cadar putih untuk dijadikan ihram budak laki….hahaha..yang perempuan pakai telekung! pastu untuk kantung isi batu masa melontar plak pergi kutip kain perca  kat koperasi..lepas tu  malamnya ramai-ramai jahit( budak perempuan aje) Aku yang malas jahit ni terpaksa la berkorban..jahit la macama mane punn asal bercantum..pastuh carik batu masukkan dalam kantung tu…  

 

Kitaorang sangat bersemangat sebab ada hadiah untuk kelas paling bagus.  tu yang bersengkang mata jahit kantung tu..

 

Dan akhirnya pemenang bagi amali haji terbaik jatuh kepada….”.SHEFFIELD!!!!”…

 

Wah berbaloi!

 

bergambar dgn cikgu adam selepas selesai amali haji

bergambar dgn cikgu adam selepas selesai amali haji...rindu kat tok haji & hajjah semua!

di tengah panas terik masih sempat bergambor....ni after melontar...kesian kat budak laki..mujur tak tercabut ihram tu...hehehe

bergambor after melontar! sangat panas time tu (mata aku sampai tertutup)..mujur tak tercabut ihram budak laki...hehehe

Posted by: hanime303 | April 24, 2009

~stress

i feel stress +dissapointed today!

huh…because my exam paper ” pengurusan sistem jagaan kesihatan” was  very tough+difficult+pening( not morning sickness) = hampeh

when i opened the question booklet..??????? nothing i can say with 6 essays  and i need to anwers all questions within 2 hours!.. the  saddest part was when there’s  no one question that i already discussed  with jojo last night…

aaaaaaaa feel like i want to scream+cry when i wr0te down the answers! why the question was like this…

But i fully trust with doa…”doa senjata orang mukmin”…oh hati janganlah bersedih!

 

 

Posted by: hanime303 | April 12, 2009

masih ingat iklan ni???

Tengah berfikir cerita ape lah aku nak kongsi dengan korang semua ni..

Rasenya banyak cerita tapi tak tahu nak cerita yang mane satu…

Ade cerita hot..tapi biler fikir 2-3 kali tak hot pun…huhuhu

Ape nak tulis ni?????

Ape nak cerita ni????

Adoi ai..pening kepala cik penyu

Kat luar hujan lebat….adoi ai..mate cam ngantuk…kalo tidur best ni

Tapi tak boleh tidur sebab jam dah pukul 7…nak masuk maghrib dah…

Em ape kate korang layan je lah video ni…another my favourite video..

Masih kah korang ingat video ni???? great job from petronas…sempena hari raya 2006…bagus untuk dijadikan sebagai peringatan untuk kite sebagai seorang anak!

Dan yang pastinya aku  akan nangis at the end of this show…

 

 

“Dan sembahlah ALLAH, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu, dan buatlah kebaikan untuk ibubapa, kerabat anak-anak yatim, orang miskin,tetangga yang menjadi kerabat, tetangga yang bukan kerabat,teman dalam perjalanan, orang yang dalam perjalanan dan kepunyaan tangan kananmu ( hamba sahaya) . Sesungguhnya ALLAH itu tidak menyukai orang yang sombong & membanggakan dirinya.”

surah An-Nisak, ayat 36

Posted by: hanime303 | April 11, 2009

kisah yuna & band sendiri???

This is my new favourite singer! her name is Yuna…she has unique & nice voice..Seorang rakyat Malaysia yang masih lagi menuntut di UITM dalam bidang law,bertudung,asal dari kuantan, anak tunggal & semua lagu dicipta sendiri. Selain lagu Rockets, Yuna famous dengan lagu Dan Sebenarnya.

Aku tahu pasal dia pun secara tak sengaja…bukak tv 9: nasi lemak kopi o…Yuna buat performance…ingatkan penyanyi Indonesia tapi rupanya satu negara dengan aku…hehehe…

Satu rumah dah dilanda dengan demam Yuna ni..especially aku, nab jer dan mun…yang lain minat gak tapi tak de lah terlebih excited macam aku,nab and mun..hahaha…

Dah syok tengok Yuna ni duk nyanyi dengan gaya sempoinya, tiba-tiba kitaorang dengan semangatnya nak tubuhkan band sendiri plak..hahaha…untuk tontonan wanita sahaja ye!

Cik nab awal-awal nak jadi drummer..mun nak main alat yang bunyi keching2 tu..( tak tau la name ape )..aku tak decide lagi nak main ape…(jadi vokalis pun boleh…hihihi )

Lepas tuh decide la nak bawak genre music ape..( uish macam nak buat betul2 jer )…aku pun bagi la cadangan bawak lagu tradisional…

Cube teka ape yang berlaku?????

Tiba-tiba semua orang nak tarik diri dari band yang baru jer nak bertapak!

p/s: Terima kasih untuk Dol sebab ajar aku macam mana nak masukkan video ni dlm my blog..

Posted by: hanime303 | March 28, 2009

is it true?

Since I was 7 years old, I always thinking alone why my kampung’s name is PULAU MUSANG?

Is it because there are  many “musang” in my village? It is my kampung was a beautiful  island before?But until now I never had any chance to see any “musang”  around my village.

I asked my late grandfather, but he also don’t know how my kampung get its name.. At last, I make my own story about my lovely kampung.

One day, when I want to take my “slip peperiksaan”, a guy who incharge ask me is it I live in island ( since my kampung start with PULAU and my address was written at my exam slip). I started to “acah-acah ” him since I saw he was very interested with my village’s name..nghehehe…

Definitely I said, “Yes..I live in an island”

I said that I came  from “ulu + pedalaman”. I need to use sampan to make a move and there were many “musang “there! My life was very “kuno” and dangerous with “musang” around us . In my kampung no one have vehicles except basikal tua. (I tried to create sad story!) Although its look very hard but I said, I enjoyed live there.

 The guy looked at me seriously and try to confirm is it true..I just laugh and said ” ya..its true.no time to liar!’If you are not trust me come to my village..

After I get  my slip..I quickly go and leave the guy seems I saw he try to “gatal-gatal n naik bulu-bulu”..hehehe..

 ” Oh NO…what  I have done…Wrong information+Wrong person to “acah-acah + main-main”..

If you, are you trust with my story?????

my lovely kampung..no island and no musang!

my lovely kampung..no island and no musang!

Posted by: hanime303 | March 24, 2009

Bulan Pemakanan Malaysia 2009

bulan pemakanan malaysia 2009

Untuk entri kali ni..aku nak promote kat korang semua mengenai Bulan Pemakanan Malaysia 2009.

Jom kite pakat g ramai-ramai ke  program tu.Sangat banyak faedah & manfaat untuk kesihatan kite semua..

Aku rase tak payah la aku  explain panjang-panjang..korang tengok poster tu..semua ada!

Tempat,tarikh,pihak yang menganjurkan serta tentatif program semua ada kat poster..

Jangan lepaskan peluang ni…kalau tak datang anda rugi!

 

p/s: hari ni dalam sejarah…sebab entri ni paling pendek antara banyak-banyak entri yang aku ada..hehehe

Posted by: hanime303 | March 20, 2009

Pilih kasih!

Aku tak suka orang yang pilih kasih!

Aku bukan benci orangnya  tapi aku benci orang yang bersikap pilih kasih..( tapi aku rase aku benci ngan orang-orangnya sekali!)

Ada kawan-kawan aku cakap..”ko ni baik kan dengan adik-adik LDK ko..Still keep in touch although program tu dah lama habis!” ( rujuk pada entri tahniah adik2 LDK ku )

Aku senyum..tapi dalam hati aku aku ade sebabnya…

Masa aku kat Matrikulasi Kulim, pernah ada program motivasi kecermerlangan…Dan semestinya setiap kumpulan akan dapat seorang fasilitator…Program ini bukan sahaja di matrik aku tetapi seluruh matrik lain di malaysia… Fasilitatornya terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA yang tua setahun atau 2 tahun atau lebih dari aku dan kawan-kawan.

Aku punya fasilitator ni lelaki dari universiti tut ( terpaksa dirahsiakan sebab universiti tu tak bersalah)…Seorang bakal cikgu kimia ( major ), minor aku tak tahu dia ambil apa ( aku rasa sekarang dia dah jadi cikgu kut). Sepanjang aktiviti dalam kumpulan dia ok cuma aku tak berkenan dengan sikap dia yang pilih kasih!

Sikap pilih kasih dia terserlah dengan nyata dan terang ( tak payah sulu-suluh) lagi  selepas program tu berlangsung…Aku malas nak explain ape yang berlaku..Cukup aku bagitahu dia mengamalkan sistem pilih kasih di antara adik-adik LDK dia. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dilayan…huhuhu

Senang cerita yang cantik sahaja yang dilayan..Kalau ko tak cantik jangan harap nak dilayan..Aku semestinya tergolong dalam kumpulan yang tak dilayan ( Hello brother ..yang cantik tak semestinya cantik sahsiah dan hatinya!) …Mula-mula cuba bersangka baik tapi kalau dah selalu terjadi tersirap jugak darah aku ni..Rasa nak maki jer satu tong kat abang tu…

Lepas beberapa kejadian berkait dengan pilih kasih ni..Aku terus delete nombor telefon dia dari enset aku..( dulu punya la kata “ambil la nombor abang..free2 boleh kontek tanya apa yang patut”..huh…tipu!)Tak guna aku simpan nombor telefon orang yang macam gitu…Pada aku, dia seorang yang hipokrit! Pura-pura nak suruh kitaorang berjaya tapi tidak sama rata dalam memberikan nasihat.Pura-pura suruh kitaorang kekalkan hubungan ni sampai bila-bila..Alih-alih bile kitaorang sms tak balas..Hanya balas orang-orang tertentu sahaja…Yang kantoi sebab cubemate aku satu group ngan aku waktu LDK. Time aku msg tak reply ( aku bukan nak ngorat dia k!)..Tapi bile cubemate aku sms..Laju plak dia reply! Bukan sekali 2 berlaku..Banyak kali kut..huhuhu

Lepas kejadian tu..aku berazam: “Kalau nanti aku ditakdirkan jadi fasilitator aku akan takkan bersikap pilih kasih!Aku akan layan sama rata..Tak kisah la dia buruk ke,hidung senget ke,mata sepet ke, handsome ke, cute ke atau cantik aku akan layan sama rata. Sebab aku tahu pedih dan peritnya bila disisihkan.

Sebab tu bila aku berpeluang jadi fasilitator kat SBPI Temerloh tahun lepas..aku cuba sedaya upaya menjadi fasi yang baik dan beri layanan yang sama rata. May be sebab niat aku ( ALLAH maha mengetahui segala-galanya) maka ALLAH menganugerahkan aku adik-adik LDK yang baik..selalu telefon,sms atau kadang-kadang drop testi kat friendster bertanya khabar. Benar seperti pepatah lama..Mendung tidak selamanya..

“maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan

Posted by: hanime303 | March 17, 2009

jawab saman pijah!

Ini adalah kali pertama aku ditag!

Aku memang tak tahu la ape mende tag ni…

3 hari lepas aku  dapat comment dari pijah yang mengatakan aku ditag…so aku pun tergaru-garu la kepala aku…ape mende la tag ni…”name tag” kew ( matrix card).hahaha…punyalah tak tahu..maklumlah baru jer berblogging…Oleh kerana aku tak tahu so baik aku mengaku jer kat pijah yang aku tak tahu nak buat pe…ape lagi pegi la antaq msg kat chat box pijah…after diexplain paham la cik penyu ape die tag…

Tag ni yang aku paham adalah sejenis permainan(betul kew???aku pun tak sure nak gune term mane) tapi yang pastinya aku kene copy beberapa soklan dari blog pijah dan dipaste kat blog aku..lepas dipaste maka aku perlulah menjawab soklan yang ditanya itu..mudah sahaja dong!hehehe

so ni lah jawapan pada tag pijah itu ( pijah ko patut bangga sebab pijah merupakan orang pertama yang tag aku ..hehehe)

List these rules on your blog.

* Share 7 facts about yourself on your blog.
* Tell 7 unspectacular quirks of yours.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving
their names as well as links to their blogs.
* Link the person who tagged you.
* Leave a comment for each blogger.

 Share 7 facts about yourself on your blog.
1) aku merupakan penggemar lagu-lagu,cerita dan film  klasik,tradisional serta moden terutama yang ada nilai moral dan scene yang cantik..cukup lengkap! 

2) lagu klasik or tradisional terbaru yang aku suka sekarang ini ialah “rumah kecil tiang seribu” oleh azian mazwan. lagu ni lah yang aku selalu duk dengar dan nyanyi sampai pening kepala housemate aku.

3)aku merupakan penggemar teh o panas yang aku suke minum waktu pagi.

4)aku suka bace pelbagai jenis buku, majalah,novel dan surat khabar terutama autobiografi. buku terbaru yang aku baca ialah buku motivasi travelog dakwah meniti hari esok!

5) aku selalu membayangkan suatu hari nanti aku berpeluang duduk di atas bench ditepi pantai yang udaranya segar dan sepoi-sepoi bahasa sambil ditemani beberapa buah buku!

6) aku suka bercerita sambil ketawa sampai orang tak tahu ape yang aku nak sampaikan..kadang-kadang diorang gelak sebab aku gelak bukan sebab ceritanya!

7) aku mempunyai hati yang sensetif terutama kalau melihat pak cik-pak cik tua ( sebab aku teringat dekat arwah datuk aku)

Tell 7 unspectacular quirks of yours.
ape yang pelik ek ngan aku ni???? tak tahu la…cuma:

1) aku suke lagu-lagu klasik

2)aku kurang gemar cerita orang putih..( sebab ade adegan yang aku tak ske tengok..paham-paham sendiri la ek)

3) aku lebih suka memasak daripada menjahit!

4) kadang-kadang aku suka bersendirian

5) aku suka pergi library ukm kl..kadang-kadang aku bukan pergi studi tapi bace surat khabar atau saje jenguk sebab aku suke tengok buku dan bau buku!

6)aku suke tengok lelaki yang bawak camera ala-ala photographer tuh..wah…ensemnye..machonyer…coolnyer…hehehe

7) aku suke try new foods!

rasenya aku jawab sampai soklan 2 jer kut…

yang the rest tu tak tahu nak tag sape plak…kawan-kawan tak ramai lagi!

maaf la kalo tidak menjawab soalan ye…

~daaaaaaa

 

 

Older Posts »

Categories