Posted by: hanime303 | March 12, 2009

tahniah adik-adik LDK ku!

Hari ni result SPM keluar!!!! aku berdebar-debar sebab aku duk fikir berapa la adik-adik aku dapat???? adik-adik?? mesti korang semua pelik…ramainya adik cik penyu ni???? mak aku beranak kembar kew??? hehehe..memang ramai pun…11 orang semuanya..tapi bukan adik kandung tapi adik-adik LDK masa aku buat program motivasi kat sekolah berasrama penuh Integrasi Temerloh tahun lepas.

Hafiy,Hafiz,Bidin,Kimie,Diha,Anis,Izzati,Fatimah,Ema,Zeela, Naqiyan & Ana….tu lah name adik-adik aku dan jojo…kitaorang ni sebagai fasilitator la..walaupun dah lame program tu habis tapi kitorang still kontek each other…adik-adik ni sangatlah baik + comey. Diorang rajin benor tepon dari sekolah diorang gune public phone nak tanyer khabar aku dan jojo…sob2….terharu mase first time diorang call sebab tak sangka diorang ingat kat aku dan jojo…padahal program tu baru habis seminggu! em rindu la tu…hehehe…Kadang sms tanya khabar!

 

Punyalah masa cepat berlalu, masa kitaorang pergi bulan 4, tahun lepas, belum SPM lagi…alih-alih arini result dah kuar. So semalam aku sms la diorang semua..bagi kate-kate semangat skit ( aku kan akak fasi yang baik…hehehe…puji diri sendiri la plak…promote diri sendiri jap…hahaha)

 

Petang tadi aku dapat sms dari diorang bagitahu result diorang semua. Tak semua yang sms. Antara yang sms Bidin,Hafiy,Hafiz & Ema…Alhamdulillah semua bagus-bagus. Dan yang paling tinggi dari group aku Naqiyan..she score 12As.. Overall aku tanyer semua result adik-adik LDK aku yang lain semua bagus-bagus dan mantap-mantap gitu.

 

Buat adik-adik yang capai target diorang tahniah dan kekalkan kecemerlangan yang berterusan sampai lah masuk Universiti. Buat yang rase “kureng ” skit tu, jangan putus asa & usaha lagi. Sebab, menuntut ilmu ini adalah berterusan dan tak terhenti setakat SPM saje. Dan satu lagi, kecemerlangan itu bukan diukur semata-mata melalui berapa A’s yang kite score. Ia seharusnya seiring dengan sahsiah serta akhlak yang baik. Kalau dapat straight A’s tapi tak sembahyang, tak hormat ibu bapa & guru-guru tidak bermakna. Tiada keberkatan dalam kejayaan!

Akhir coretan, tahniah aku ucapkan sekali lagi. Sedikit sebanyak aku dan kawan-kawan yang lain turut rase bangga dan puas hati. Setidak-tidaknya, kami pernah menyumbang bakti dan berkongsi sedikit ilmu yang kitaorang ada dalam memberi motivasi dan nasihat pada adik-adik semasa program berlangsung. Setidak-tidaknya, program tersebut ada meninggalkan bekas di hati mereka & siapa tahu kami mungkin turut menyumbang kepada kejayaan mereka! Hanya ALLAH yang tahu.

Untuk adik-adik tersayang aku dan jojo nak bagi A tambahan untuk korang semua!

A for your huminity

A for your kindness

A for your friendship

A for your high spirit & edurance

A for your determination

Kamu semua sentiasa di ingatan sebagai yang istimewa dan selalu dekat di hati.

adik-adik LDK aku-tak cukup tanah..pokok jadi mangsa!

adik-adik LDK aku-tak cukup tanah..pokok jadi mangsa!

akan sentiasa rindukan senyu manis kalian!

akan sentiasa rindukan senyum manis kalian..may all of you be fly higher above the sky!

 

“love will keep us alive!”

 

Advertisements
Posted by: hanime303 | March 3, 2009

terima kasih!

Salam

Hari ini genap usia aku 22 tahun…tak sangka cepat masa berlalu.

Rasa syukur dalam hati kerana masih diberi kesempatan untuk terus menghirup nafas di bumi Allah yang luas ini.

Rasa syukur kerna Allah sentiasa memberikan rezeki,memudahkan urusan aku &  mengurniakan aku keluarga yang bahagia,kawan-kawan yang baik & sentiasa dipertemukan dengan orang sekeliling yang baik.

Buat kawan-kawan satu rumah aku…tq untuk parti ala-ala clubbing semalam..hehehe…ingatkan korang tak ingat besday aku…mujur aku baru golek-golek atas katil waktu tu..hehehe..Terima kasih jugak untuk lagu khas “rumah kecil tiang seribu”  yang dipasang sambil makan kek.wah nostalgik gitu..walaupun korang tension jer dengar aku duk nyanyi lagu klasik tu tapi korang respect gak minat aku…ye lah aku kan peminat lagu-lagu klasik & tradisional….eeeeeeeee lelaki mana lah tahan ngan aku ni…hehehe…cayalah korang semua ni..penat korang berusaha carik lagu tuh kat youtube….tapi demi aku yang klasik ni korang tahan jer ek…hihihi

to nab jer,jojo,mun,paan,dol,fara & dayah tq very much…all of you are very nice..dan aku sangat bertuah jumpa ngan korang semua…aaaaaa terharunya ngan korang semua ni…sob,sob….

to my best friend aja yang jauh dinung di uk..tq atas wish mu itu…hehehe..untuk hanim jugak yang dah nak kawen..hehehe…tq for da wish also…& untuk semua yang wish besday aku la…tak mampu nak tulis semua kat sini..jangan berkecik hati ye..

Harapan aku????? of course aku harap dapat menambahkan amal & taqwa…rajin-rajin la buat yang sunat-sunat especially solat sunat dhuha..mak selalu ingatkan tapi biasalah aku malas..(takleh-takleh kene ubah dah..umur bukannya nya muda lagi)…rajin-rajin bangun solat malam…( uish mende ni la yang susah nak buat….eeee syaitan ni kuat menggoda!) harap aku kuat semangat…dapat buat sebulan sekali pun dah kira ok untuk permulaan..Jugak nak excellent in study..Jadi anak yang soleh…Jugak nak jadi kawan yang baik untuk kawan-kawan aku!Aish….berapa banyak perkataan jugak da…

Untuk mak yang melahirkan aku terima kasih..hanya ALLAH yang mampu membalasnya…memang perit mak aku nak lahirkan aku sebab aku lahir dalam keadaan songsang ( keluar kaki dulu…bukannya kepala…cuba korang bayangkan! kaki kanan ke atau kaki kiri yang nak tarik dulu..dah la lahir normal, besar plak tu..3.1 kg ) Sesungguhnya syurga ditelapak kaki ibu!

 

“maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???”

 

ikhlas tapi jauh,

~cik nime aka cik penyu~

 

Posted by: hanime303 | March 2, 2009

let pictures speak????

Malam ni tak mau tulis panjang…let pictures speak ok???

Tapi belum tu kene ada pendahuluan kan???hehehe…macam buat karangan time skoloh-skoloh dulu…

ceritanya macam ni..weekend aritu aku n rumate aku, cik moon pergi jalan-jalan satu hari ke kelana jaya…hohoho….jauh tu..em dah lame plan nak pergi ni..nak pergi IKEA…nengok-nengok design hiasan dalam rumah…sape yang pernah pergi tahu lah…

aku yang first time pergi ni sangat la teruja..jakun pun ada gak..pantang tengok yang cantik mula la aku terjerit-jerit..( slow je lah…cik mun jer yang dengar) Aku suka semua susun atur yang dia buat…dari bilik tidur,ruang tamu hinggalah bilik air….uish tak sabar nak kawen…nak hias rumah macam tu jugak…kat IKEA ni kebanyakkan pelanggan dia terdiri dari orang yang dah berkeluarga…so aku sangat la seronok nengok couple-couple muda yang bawak anak masing-masing.

Pendek kate aku suke la pergi IKEA ni…nanti dah kawen aku pergi sana..carik idea hias rumah plak…dan satu lagi IKEA ni sangatlah menjaga pelanggan-pelanggannya…Cthnya: nak pergi IKEA ni ada shuttle free. Shuttle ni boleh ditunggu berhadapan dengan stesen LRT kelana jaya…Servisnya mula dari pukul 9.30 pagi hingga 11.00 malam..sangat mudah & senang. Tak payah fikir macam mana nak pergi dan balik semula ke stesen LRT tu.Jimat duit you!

Dan yang pastinya..aku dan cik mun sangat suke makanan kat food court die..sangat-sangat sedap..aku bagi thumbnill terangkat dengan tegaknya…tanda aku sangat puas hati dengan makanan & juga servisnya!
Dah kenyang-kenyang, jalan kat sekitar IKEA, spt The Curve,Tesco & yang sekutu dengannya. Dan yang pastinya kakiku sangat sakit sebab penat berjalan…tapi tak pe….”puah ati” orang ganu kate..hehehe

p/s: uish ingat nak upload gambor jer, than let pictures speak la konon..em hampeh..heheheh…tapi nampaknya pendahuluan dah panjang berjela…ni lah masalah cik penyu..tidak pandai memendekkan cerita…
harap terima lah kekurangan cik penyu ni.

aku ske ngan troli makanan ni.unikkan??.memudahkan untuk letak makanan yang banyak..macam tahu2 jer aku makan banyak!

aku ske ngan troli makanan ni.unikkan??.memudahkan untuk letak makanan yang banyak..macam tahu2 jer aku makan banyak!

meatball..menu paling special kat IKEA....memang sedap..ball tu memang rase daging yang fresh punya!

meatball..menu paling special kat IKEA....memang sedap..ball tu memang rase daging yang fresh punya!

ni yang aku makan: meatball,chicken wings & chocolate ball...air kong si ngan mun & boleh refill byk kali

ni yang aku makan: meatball,chicken wings & chocolate ball...air kong si ngan mun & boleh refill byk kali

ni yang cik mun makan: chicken ham burger,grill brocolli & meatball

ni yang cik mun makan: chicken ham burger,grill brocolli & meatball

cik mun ngan capuccinno pujaannya..

cik mun ngan capuccinno pujaannya..

peace!!!perut dah kenyang...lalalala

peace!!!perut dah kenyang...lalalala

Posted by: hanime303 | February 27, 2009

what i did yesterday!

I am alone tonight! All my lovely housemate yang bernama nab jer,mun,paan & dol ( jgn risau…Dol adalah seorang perempuan sejati k!hehehe) pergi melantak kat steakhouse….diorang ajak join tapi aku tak mau…hahaha…jual mahal la konon…an Jojo plak p jumpe kawan die. Apa taknya siang tadi aku dah melantak tomyam yang kaw-kaw punya for my lunch…So for dinner just makan yang simple-simple sudah…Actually aku baru jer lepas makan cream puff & yakult!So consider as dinner k!Enough for my stomach…

 

Tonight just a simple entri..just want to share with you all what i have done yesterday…Yesterday….around 10 am jojo,fara,dayah and I went to Pavillion Bukit Bintang to distribute our questionnair title tourist and food! We have been given a task to find foreigners for Sosiology & Antropolgy subject.

 

My first subject is a middle woman came from UK. She came here for visiting her son with her husband. She’s very kind and also friendly person. She don’t mind to spend time to fill up our questionnair.She give a full cooperation with us.

 

Our second subject also a middle age woman who came from london for having vacation. What so special about this woman is she’s so nice,lovely and of course friendly! she said that we should come ealier so that we can suggest  her the foods that she should try! She’ s very-very nice and we also change our email adress! She also encourage us to write a book about food  since she know we are study in nutrition and she’s willing to finance us…wah….we are so lucky to met her yesterday!And before i left, i write down the list of foods she should try like asam pedas,asam laksa,lemang,char kue teow and many more…really a worth experience!

 

The last one is also a woman from Iran…also having vacation with her daughter and son in law. ( haiiya…no man eh..hehehe) Actually we also tried to approach men, but since we already rejected by a man before we met shirley so we never want try to approach man anymore….(lorgh..trauma already..ngahahaha). That woman also nice but she  cannot understand English very well so we are facing with language barrier. I also cannot understand clearly when she speak English with iranian ancent! The most important thing is she tried her best to fill up our questionnair.

 

Since I make a reseach, so I can’t publish my subject’s pictures easily because it is private & confidential.I must respect that. That the etiques I must hold during I did my research!So, sorry to all my readers!

 

And before we went back..As usual, mesti la isi perut dulu…hehehe..Dan selepas penat berfikir akhirnya aku memilih untuk makan sin chu fried noodles…the taste ok lah..nice..ada telur sebijik kat atas..kenyang makan..sampai tak larat nak habiskan..tapi jangan risau…cik penyu berjaya habiskan mihun tu dengan jayanya!

sin chu fried noodles..yummy-yummy!

sin chu fried noodles..yummy-yummy!

Sebagai gantinya, cik penyu upload la gambar makanan ni. Biaselah tak lengkap hidup cik penyu tanpa makanan- makanan baru di sisi.hehehe..maklumlah…cik penyu kan love try new foods..So, when you guys go to Pavillion, don’t forget to try it..ok????Give your taste buds new taste!

 

daaaaaaaa

Posted by: hanime303 | February 25, 2009

Assalamualaikum semua!

Bismillahirrahmanirrahim….

Sudah lama tak update cerite terbaru since mid sem exam.Walaupun exam dah lama abes dan janji kat readers semua hanya akan terbengkalai 4 hari ternyata cik penyu mungkir janji! cik penyu membiarkan blog ni terbengkalai lama. MAAF!!!! itu sahaja yang mampu diucapkan.

Sebenarnya cik penyu agak sibuk dengan projek komuniti pemakanan. Hari isnin yang lepas cik penyu dan rombongan group cik penyu pergi ke JKR, dekat dengan BANK NEGARA untuk buat health screening. Antaranya timbang berat badan,kolesterol dalam tubuh, kolesterol dalam darah, aras glukosa dalam darah,tekanan darah & banyak lagi lah. Cik penyu & kawan -kawan seramai 11 orang bergerak dalam pukul 7 pagi dan sampai sana terus set up barang-barang. Dalam pukul 8.30 orang ramai dah datang.

Cik penyu pulak kene jaga kaunter check aras kolesterol dalam darah. Mula-mula takut jugak nak cucuk tangan orang untuk amik blood!huhuhu..tapi bile pikir-pikir masa ni la nak belajar & aplikasikan apa yang belajar maka aku kuatkan semangat.Yang aku takut tu cucuk tangan orang…kalau tangan aku tak pe nak meraung ke ape ke..ni tangan orang, aku risau sikit..kut-kut darah tak henti-henti keluar…parah aku nanti! Tapi kupujuk hatiku ini untuk buat mengikut prosedur yang betul..Insyaallah, tak ada ape-ape.Tapi aku sangat take care on my patient tau. Bukan main cucuk jer…hehehe…Sebelum amik darah aku tanye dulu mana tangan yang minor ( maksudnya tangan yang bukan priority utama apabila die buat kerje!)Cth kalau biasa buat kerje guna tangan kanan maka aku akan ambil blood dari tangan kiri. Sebabnya nanti diorang nak continue buat kerje so tak effect die orang punya kerje. So tak ade alasan nak balik awal atau tak boleh buat kerje…lepas tu urut-urut dulu tangan patient to make sure blood flow smoothly so nanti blood mudah keluar. Jari yang jadi keutamaan ialah jari manis kerana bahagiannya ini sensetif dan mudah untuk keluarkan darah. Sebelum cucuk sapu dengan iodin dulu!

Mula-mula tu cuak tapi lama-lama seronok plak main cucuk-cucuk ni. Ye lah bukan jari aku yang kene cucuk..hehehe….punyalah seronok sampai tak sedar jam sudah pukul 1.30..fuhh…cepat giler masa berlalu sampai tak sedar hari dah tengahari…Orang yang datang amatlah ramai dalam lebih kurang 190 orang ( ni according kertas questionnair yang kitaorang dapat balik after screening tuh)

Lebih kurang pukul 3.30 aku pun bertolak balik. Rase sungguh seronok kerana mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan! Alhamdulillah….syukur tercapai target group aku sebab supervisor aku memang suruh cari patient around 200 orang. Kira ok lah tuh 191 orang, kurang 9 jer…hihihi..Pasni banyak kerje lagi nak buat sebab kena analyse data & buat intervensi untuk kakitangan JKR. Contoh kalau ramai yang obes ( lebih berat badan) or ramai yang high cholesterol in blood maka kene buat ceramah pemakanan macam mane nak reduce through their diet! kene ajar cara masakan yang kurang lemak & sebagainya. Tu lah kerje aku. Prevention is better than cure!

Malamnya aku pun nak tidur awai la sebab kepenatan yang teramat sangat. Pukul 10.30 dah tergolek-golek atas katil la..eh..tibe-tibe tepon bunyi plak…wah…my mum calling!hehehe…seronoknya before tidur dapat dengar suara mak….tapi sebak biler mak tanyer apa khabar????Rase bersalah sebab sebagai anak aku yang patut tanye macam tu. Its my responsibility! Tapi apakan daya aku sibuk lately. So pengajarannya walaupun sibuk ringan-ringankan tangan untuk call atau sms tanya khabar mak dan ayah kat umah..Aku rase mak aku rindukan aku sebab tu tepon aku.. ishk2…lekanya aku dengan urusan dunia. Selalu aku berdoa agar aku ni tidak menjadi hamba kepada duniawi yang hanya sementara & sebagai seorang perempuan aku sangat takut menjadi fitnah duniawi!

Moga-moga aku selalu beringat & tidak leka bahawa dunia ini hanya sementara!

p/s : Cik penyu sebenarnya sekarang ini sangat rindu untuk mendengar tazkirah,taalim & usrah. Dah lama tak dengar….teringat sewaktu di SMAASZA berada dalam halaqah usrah! Rindu dengan suasana itu.

 

sambil tunggu result, jom kite amik2 gambar dulu..hehehe

sambil tunggu result, jom kite amik2 gambar dulu..hehehe

ni memang aku betui2 buat kerje..tak curik tulang tau.ngah cucuk2 ni...

ni memang aku betui2 buat kerje..tak curik tulang tau.ngah cucuk2 ni...

dari kiri: sui yin,aku, leman,kenny & shamini bergambar kenang-kenangan...hehehe...ayat skeme!

dari kiri: sui yin,aku, leman,kenny & shamini bergambar kenang-kenangan...hehehe...ayat skeme!

Posted by: hanime303 | February 16, 2009

terbengkalai sebentar!

Alhamdulillah baru lepas 1 paper iaitu sosiologi dan antropologi pemakanan..Lagi 23 jam dari sekarang aku akan menduduki exam polisi pemakanan & sekuriti makanan..banyak betul yang perlu dihafal ni tp curi masa skit…skit jer..tak banyak pung..hehehe…ada 5 nota yang perlu dibaca tuk subjek PSM esok petang…nampak sikit kang tapi banyak giler point2 kat dalam tu…tak tahu la esok kuar apa…

Maka blog ini akan terbengkalai sekejap ye..sekejap jer..dalam 4 hari..hehehe

SUBJEK-SUBJEK YANG BAKAL MENANTI…jom terjah..

1) POLISI PEMAKANAN & SEKURI MAKANAN

2) AMALAN PEMAKANAN KOMUNITI

3) PENGURUSAN SISTEM JAGAAN KESIHATAN

baru lepas exam ni-sosiologi & antropologi

baru lepas exam ni-sosiologi & antropologi


nota yang perlu dibaca

nota yang perlu dibaca

ok…nak stop dah..study2…

Posted by: hanime303 | February 13, 2009

jangan dibius cinta…

Salam semua!

Sedikit peringatan yang ringkas dari aku..

Memandangkan cik penyu tengah sibuk berperang dengan exam maka terimalah coretan aku yang amat-amat ringkas ni.Memandangkan esok bertarikh 14/02/2009 maka korang mestilah tahu esok hari valentine ( yang couple bergumbira la tuh…mesti duk pikir apo lah my bf or gf aku nak bagi hadioh ni kali ni..dah la esok cuti..maka kebarangkalian untuk meraikannya amatlah tinggi setinggi gunung everest gitu)…tapi ingat dalam agama kita iaitu islam yang syumul ini tiada sambutan hari sedemikian.Aku rasa semua orang dah tahu sejarahnya maka tak payah la aku duk ulang tayang ceritanya kat sini..kang korang bosan pulak…( lagipun tak sempat nak tulis…banyak lagi lecture notes yang aku tak baca ni )

Maka sebagai umat islam marilah sama-sama kita say no to valentine day!!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Posted by: hanime303 | February 12, 2009

hari yang sebegini…

aku n jojo

aku n jojo

Hari ini aku kalut-kalut bersiap nak pergi kelas. Jam dah pukul 1.40 petang tapi aku still kat bilik lagi dan masih dengan telekung,baru lepas solat zohor.Padahal kelas aku start pukul 2! Ni sebab gara-gara aku ingat arini hari jumaat dan kelas Prof ismail akan start pukul 2.45 petang…huhuhu…

Tapi bila aku ketuk bilik jojo tanya nak pergi pukul berapa dia bagi tahu sekarang, baru la aku tersedar hari ni hari khamis+menjerit-jerit sebab dah lambat. Apa lagi aku pun kalut-kalut la ( dah la aku ni memang kalut sikit ) bersiap. Pakai seluar dan tshirt sudah..dah tak sempat nak iron baju dah.tudung pulak aku pakai tudung pink semalam…jangan risau kerana masih wangi dan tidak kotor lagi..hehehe

Lebih kurang 20 langkah lagi nak masuk pintu gerbang ukm tu tiba-tiba aku nampak coursemate aku jalan nak balik…pelik…tak ada kelas kew????bila mata aku bertentang mata ngan mata diorang( cewah…lebih-lebih la pulak aku ni..hihihi) diorang menjerit la kelas batal! Hampeh betul..dah la aku kalut-kalut bersiap, batal pulak kelasnya..huhuhu..

Dah alang-alang sampai aku pergi je lah masuk ukm ni. Lagipun aku nak fax surat ke JKR. Nak fax pun satu hal pulak.sedang elok tengah nak fax elektrik pulok tak dop..apa lah malang nya nasib aku ni. Terpaksa la cari alternatif lain nak g fax surat…

Lepas dah berjalan jauh & berpenat-penat…berjaya jugak aku fax surat tuh..tu pung atas kebijaksanaan dan kebernasan idea jojo suruh fax kat tempat tu..hahaha..Dah tu lapor la pulak perut ni. Pergi cafe makan pulak. Aku order bihun tomyam ayam+sayur lebih+tak nak pedas!hehehe….jojo pulak nasi goreng paprik…mak ia sungguh sedap tom yamnya sampai habis kuahnya aku tibai…ni kes lapor sangat la ni..lagipun dah lama aku mengidam nak makan tom yam ni…

Dan kenyang perut kitaorang decide nak balik. Tapi nak singgah pasar chow kit jap beli buah…tapi on the way tu aku nampak pulak papan iklan ais krim cornetto…uish cam sedap la plak….dah nak meleleh air liur aku ni..lagipun perut aku ni ada space lagi..kaki aku macam ditarik-tarik singgah kat koop tu..em apa lagi..aku p pulak pekena ais krim cornetto flavor chocolate plak…mak ai ni brape kalori la pulak ni..tapi tak pe lah sekali sekala..ngehehehe…jojo pun join venture skali…lepak la kitaorang kat sebelah koop sambil menikmati ais krim..yum-yum…

Lepas dah makan aku dan jojo terus balik. Mula-mula nak naik van yang ukm sedia ( punyalah malas nak jalan ) tapi driver tak ada plak. Kerana cuaca sangat panas maka cancel beli buah! Maka berjalan la aku dan jojo meredah kesibukan jalan KL…terkedek-kedek jalan sambil duk pot pet-pot pet….hehehe

Itulah ceritanya hari ni…hari makan-makan sebagai ganti tak ada class..huhuhu

Posted by: hanime303 | February 8, 2009

sms from my brother!

Last night while i was alone watching my favourite slot ” cerekarama” i got sms from my second brother..

 

“Assalamualaikum Nurul wat mende tu? Study jangan dop study”

 

The rest of the sms is secret!hehehe..only me and my bro know…I just smile ( ngehehehe ) while i read the sms..a good reminder for me as a younger sister, not to forget my responsibility as a daughter,younger sister and also student…it shows how concern my bro towards his  siblings. Wah how lucky i am!

 

Next 2 weeks coming soon, the mid sem  examination season fever will start that involve all UKM KL’s students! Although it only mid sem exam but still need to study very hard because it contribute to  a lot of marks and of course our grade! So let start to read our lectures notes instead of novels,comics and other things..ngehehehe..

 

Opss…one story i want to share with all of you…last night i read a nice blog story about  The Japanese University Entrance Exam. ( ala  the one that we always see in their japanese drama) The most interesting is about their food intake during exam. Their parents try to provide nutritious foods to their children like fish with high DHA content, fresh fruits and vegetables and no junk foods…See how they are very concern about their children performance in the exam.

 

 

Ok…I need to stop now!!!

 

 


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Posted by: hanime303 | February 6, 2009

hari yang biasa je..

Hari ni tak ade cerita menarik! Just biasa-biasa jer…huh..bosan sebab kesorangan..roomate aku cik bulan balik kampung dia kat Perak…Aaaai baru nak menyambut Chinese New Year ke???hehehe…Dan aku pulak ditinggalkan keseorangan dalam bilik ni..Opss namanya bukan betul-betul bulan purnama ye…namanya cik MOON ye…saje aku panggil cik bulan sebab teringat ngan Bulan dalam cerita si Tain!hehehe

 

Lagipun nak post entri best kena hold dulu. Sebabnya paham-paham la kan hujung-hujung minggu visitors tak ramai…Seperti biasa statistiknya jatuh merudum kalau hari cuti.huhuhu…Hari ini aku tak ada class. Yeah ha!!!So bagi mengelakkan aku bergolek-golek dan tergolek-golek di atas katil aku yang empuk maka aku buat keputusan pergi library kat fakulti aku. Lagipun mid sem exam dah dekat. Lagi seminggu lagi…tiba-tiba pulak rasa cuak! Mujur Fakulti aku tu dekat jer. Aku kuar rumah dalam pukul 9.25 pagi dengan sedikit nota & kamus bahasa Inggeris! Jalan kaki dalam 7 minit sampailah.

 

Dalam pukul 9.30 pagi aku sampai kat library. Masa tu tak ada orang sangat sebab awal pagi lagi kut. Tapikan bila aku fikir-fikir balik memang dah tak ramai yang  jejakkan kaki kat library ni.Mungkin lebih selesa study kat bilik sambil dengar-dengar radio, main-main rambut…hahaha..acah jer… Tak pelah la yob. Mana-mana lah asal ilmu masuk dalam kepala, teman tak kesah!Teman ikut jer..

 

Ok buat semua selamat berhujung minggu! Manfaatkan cuti sebaiknya. Kurangkan kontroversi & tingkatkan prestasi study anda…hehehe..

 

daaaaaaaaaa

« Newer Posts - Older Posts »

Categories